Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Simpan Gambar Bogel Isteri...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut dibelasah kerana didakwa memiliki serta menyimpan gambar...

UPSI Terima Anugerah Pentadbir...

IPOH - Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (Prestasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)...

Musim Ini Amat Cemerlang...

KUALA LUMPUR - "Musim ini merupakan musim yang amat cemerlang buat pasukan Johor...

15,000 Hadir Rumah Terbuka...

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu,...

MoU Penternakan Kerbau Sawah Di Sabah Dimeterai

KOTA KINABALU – Memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penternakan kerbau sawah di Sabah dalam usaha mencapai kadar pengeluaran yang optimum, dimeterai di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah (JPHPT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau.

Ketika berucap di majlis itu, Madius berkata menyedari kepentingan dan potensi kerbau sebagai menyumbang kepada keperluan daging negara, NIBM bersama-sama UPM dan JPHPT telah memulakan penyelidikan kerbau sawah yang merangkumi aspek makanan dan pemakanan ternakan, pembiakbakaan kerbau sawah serta kesihatan.

“Melalui peruntukan dana sebanyak RM2,043,480, penyelidikan ini memberi tumpuan kepada meningkatkan pengurusan dan pemakanan di bawah sistem intensif agar pengeluaran dan kualiti daging dapat ditingkatkan,” katanya.

Pada majlis itu, NBIM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Rozairi Muhammad, manakala JPHPT diwakili pengarahnya Dr Yeo Boon Kiat dan UPM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Prof Datuk Dr Husaini Omar.

Mengulas lanjut, Madius berkata dalam fasa pertama, kaji selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat asas mengenai status populasi dan pengurusan penternakan kerbau di Sabah manakala kajian seterusnya tertumpu kepada pemakanan yang optimum untuk menghasilkan daging berkualiti tinggi.

“Kajian juga akan dijalankan menggunakan bahan-bahan biotempatan sebagai makanan ternakan. Kita berharap dengan projek ini, 90 peratus daripada baka induk kerbau mempunyai ciri-ciri baka ternakan yang baik dan sesuai untuk pembiakbakaan,” katanya.


Beliau berkata dengan mempunyai ciri-ciri tersebut, kadar kematian anak kerbau dijangka dapat diturunkan di samping meningkatkan kadar kehamilan sekurang-kurangnya 65 peratus selain meningkatkan bilangan kerbau yang diternak.

Madius berkata pusat penyelidikan dan pembiakan kerbau sawah ini akan berpangkalan di Telupid dan bakal diiktiraf sebagai pusat ternakan kerbau sawah yang utama di Malaysia.

Pusat itu, katanya, berfungsi sebagai pusat penternakan baka tulen dan program pembiakan khas akan dijalankan ke atas kumpulan ternakan ini bagi memastikan penghasilan dan pemuliharaan baka tulen yang bermutu tinggi.

“Pelaksanaan projek ini diharap dapat memastikan kelestarian sumber daging bagi bekalan tempatan di mana daging kerbau sawah boleh dikomersialkan sebagai satu daripada sumber daging alternatif negara. Pengkomersilan daging alternatif ini turut membuka peluang bagi pengeksportan ke luar negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori