Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Masih Tiada Individu Serah...

TEMERLOH - Belum ada mana-mana individu di negeri ini yang telah menyerahkan lesen...

Reman Lelaki Autisme Berhubung...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan polis untuk...

‘Mat Rempit’ Ditukar ‘Brother...

SERDANG - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mencadangkan supaya gelaran ‘mat...

Dayangku Intan Wanita Hebat...

KUALA LUMPUR - "DIA adalah wanita yang hebat dan mengagumkan semua orang, termasuklah...

Muhyiddin Akui Kejayaan Kerajaan BN Kemudi Negara

KUANTAN – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kejayaan kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengemudi Malaysia sehingga maju dan disifatkan sebagai negara Islam contoh.

Beliau berkata kemajuan yang dilaksanakan UMNO dan BN, menerusi pimpinannya yang silih berganti, tidak boleh dinafikan kerana Malaysia bermula daripada sebuah negara yang tidak mempunyai apa-apa selepas merdeka.

“Waktu itu ilmu yang ada kurang, tiada kilang, sekolah pun tidak sampai ke universiti, hidup melarat… tapi kalau lihat waktu ini, sedikit sebanyak hasil perjuangan itu mengangkat negara kita ke suatu tahap yang boleh dibanggakan,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian semasa berucap pada Program Bicara Rakyat PPBM di Kampung Batu Sawar, Sungai Lembing di sini, semalam.

Anggota Parlimen Pagoh itu seterusnya mengakui ‘agak janggal’ untuk orang mendengar beliau berkata demikian kerana kedengaran seolah-olah beliau masih ‘berada dalam kerajaan’.


“Tapi kalau perkara itu merit, itu adalah meritnya. Apa yang benar itu benar. Dalam tempoh berpuluh tahun dengan dasar kerajaan dipelopori UMNO dan BN negara kita menjadi negara maju, terkenal dan dalam konteks Islam, dikatakan negara contoh,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak mudah untuk pembangkang menewaskan BN jika sekiranya tiada persefahaman antara mereka kerana peluang itu hanya wujud jika berhadapan dengan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Kategori