Saturday, December 21, 2024

Creating liberating content

Melampau!! Orang Ini Samakan...

Nampaknya lebih banyak individu dilihat tampil secara tiba-tiba untuk mengeluarkan kenyataan menghasut seperti...

Bekas Pensyarah, Kontraktor Didakwa...

Johor Bahru : Bekas pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) didakwa di Mahkamah...

Buruh Dipenjara 15 Tahun,...

ALOR SETAR - Seorang buruh kontrak yang tergamak merogol anak tirinya September tahun...

Itu Bukan Farid Kamil...

PETALING JAYA - "Selepas menonton video tersebut, apa saya boleh nyatakan itu bukan...

Mursyidul Am PAS Kata DAP Anti-Islam!

KUALA LUMPUR – DAP mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti-Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha untuk menegakkan Islam.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, PAS pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dengan DAP.

“Terkeluarnya DAP dari Barisan Alternatif pada 2001 kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam.

“Sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha PAS melaksanakan undang-undang syariat di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Hashim berkata, PAS tidak dapat menerima sama sekali politik anti-Islam yang didukung oleh DAP.

DAP yang mengetuai Pakatan Harapan kini merupakan sekutu kuat kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Pakatan Harapan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), manakala PPBM ditubuhkan bekas pemimpin UMNO yang berdendam dengan parti itu.

Mahathir berdendam dengan UMNO selepas hasrat beliau menggangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Presiden ditolak akar umbi parti itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori