Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

25 Cedera Pesawat Air...

PESAWAT Airbus A320 milik Air Canada dilaporkan mendarat cemas di landasan di Lapangan...

Derma Organ: Kempen ‘YB...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang mengadakan kempen 'YB Jom Ikrar' di Bangunan...

PPS Perlu Diwujudkan Semula

GEORGE TOWN - Pasukan Peronda Sukarela (PPS) perlu dihidupkan semula di negeri ini...

Kesempitan Hidup, Air Rebusan...

RAUB - Hidupnya serba kekurangan namun itu tidak pernah dijadikan alasan untuk mengabaikan...

“Nafkah Pun Tak Bagi, (Ada Hati) Nak Saman Wife Kau”

SUSULAN pendedahan masalah rumah tangga Nurul Hidayu yang mendakwa suaminya curang dengan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sehingga pernah terlanjur, namun dinafikan perkara itu oleh suaminya, hari ini menerusi laman Facebooknya, Hidayu ada mengeluarkan lagi kenyataan bagi mempertahankan apa yang didakwanya sebelum ini.

Baca: “Kau Main Dia Atas Katil Kita” – Isteri Kecewa

Suaminya, Muhamad Kasiren menerusi perbualan telefon dengan Mynewshub semalammenafikan dia pernah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya, pelajar tingkatan 3, sebaliknya mendakwa dia memang tidak pernah bahagia dengan isterinya selain mendakwa isterinya sering mengarah atau ‘membabukan’ dirinya.

Juga: Suami Nafi Seks Budak Form 3, Dakwa Isterinya Derhaka

Susulan kenyataan suaminya itu, Hidayu tampil mempertahankan dirinya, menafikan dia berkelakuan derhaka terhadap suaminya.

Sebaliknya, Hidayu mengatakan suaminya merupakan seorang suami yang tidak bertanggungjawab bila mana sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu langsung tidak menyediakan nafkah yang menjadi kewajipan buat isteri dan keluarga.

“Nafkah pun tak bagi, nak saman wife kau. Banyaknya duit nak pasang lawyer. Kalau ko profesional, takdelah kau pun viralkan sampai nak cerita, nak buka aib family aku,” tulisnya.

Selain itu, Hidayu juga menyatakan dia cukup kecewa apabila suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan gadis mentah berusia 15 tahun.

Hati isteri mana yang tak sakit apabila suami sendiri dengan tanpa rasa bersalah mengakui bercinta dengan budak form 3 selain menganggap gadis itu sebagai ‘cinta suka-suka’.

“Buatlah statement apa pun, fitnah ke tu, kalau boleh pegang tangan, dah ada wife still nak suka suka ada perempuan.


“Korang sebagai perempuan or wife, tak terpancing ke emosi kalau husband korang tak adakan keperluan korang malah korang pulak yang adakan semuanya,” luahnya lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=bg35LzH6H0M

Dalam status itu juga, Hidayu menyatakan dia sudah redha dengan semua ketentuan Ilahi berhubung masalah rumah tangganya selain mengucapkan ‘terima kasih’ buat suaminya atas segala-galanya.

Sebelum ini, Muhamad Kasiren mendedahkan mereka kini sedang dalam proses penceraian setelah isterinya memfailkan fasakh minggu lalu.

Muhamad Kasiren yang bekerja sebagai mekanik itu juga menyatakan kesanggupannya untuk menjaga anak tunggal mereka, Haq, yang kini baharu menginjak usia dua bulan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori