PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri mesyuarat bersama anggota Dewan Perniagaan Amerika Syarikat-Malaysia (AMCHAM) di Bangunan Perdana Putra di sini.
Delegasi AMCHAM diketuai Pengarah Eksekutifnya Siobham Das.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. – BERNAMA