KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih dengan kehilangan nyawa dalam insiden pengeboman bunuh diri di sebuah makam sufi yang penuh sesak di selatan Pakistan semalam.
Perdana Menteri berkata insiden tersebut merupakan satu lagi peringatan bahawa keganasan tidak mengenal sempadan.
“Kita perlu berwaspada dan bersatu dalam respons kita (memerangi ekstremisme),” katanya menerusi laman Twitternya, hari ini.
Laporan media menyebut, sekurang-kurangnya 60 maut manakala 250 orang cedera dalam kejadian letupan ke atas makam Lal Shahbaz Qalandar di bandar Sehwan, wilayah Sindh.
Menurut laporan stesen televisyen CNN, Islamic State Khorasan, sebuah sekutu kumpulan militan Daesh di Afghanistan dan Pakistan mendakwa bertanggunjawab atas serangan tersebut. – BERNAMA