Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mayat Wanita Tertiarap, Diikat...

KOTA TINGGI - Mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan tertiarap...

3 Rentung Kebakaran Di...

SANDAKAN - Tiga orang rentung selepas sebuah rumah di Kampung Baru, Batu 18...

Piala FA: JDT Hampir...

KUALA LUMPUR – Juara edisi 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir dikejutkan oleh...

Nora ‘Panas’ Dengan Wartawan,...

Menerusi ruang hiburan 'Cik Pang' dalam akhbar Metro Ahad semalam, seorang wartawan tak...

Najib Ucap Selamat Menyambut Chap Goh Meh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Menyambut Chap Goh Meh kepada mereka yang menyambut perayaan itu.

Beliau mengambil perhatian bahawa ia menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baharu Cina.

Di masa lalu, beliau berkata gadis Cina Malaysia akan mencampakkan buah limau mandarin dengan nombor telefon mereka ditulis pada buah itu ke dalam laut atau sungai dengan harapan untuk bertemu jodoh dengan suami yang baik.

“Pada masa sekarang, ramai daripada masyarakat Cina Malaysia masih mengambil bahagian dalam tradisi ini.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Chap Goh Meh kepada mereka yang menyambutnya,” kata Najib dalam Facebook dan Twitter.


Chap Goh Mei bermaksud malam ke-15 Tahun Baharu Cina dalam dialek Hokkien, yang juga menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baharu Cina.

Ia turut dikenali ramai sebagai Hari Valentine versi kaum Cina. – BERNAMA

Kategori