Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

#BoycottMalaysia – Perang Antara...

PERANG netizen Malaysia dan India sedang berlangsung…. Hashtag #BoycottMalaysia trending nombor 1 di...

Guru Antara 35 Orang...

ALOR SETAR - Tiga puluh lima orang, termasuk seorang guru sekolah, yang disyaki...

Belanja Lebih RM92K Simpanan...

SEORANG kanak-kanak tanpa 'sedar' membelanjakan wang simpanan ibunya berjumlah 150,000 yuan (RM93,984) untuk...

Pengusaha Kedai Dobi Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengusaha kedai dobi yang menggunakan sistem paip gas berpusat yang...

Najib Ucap Tahniah, Terima Kasih Kepada Sukarelawan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan dari Malaysia serta negara lain yang mengorbankan masa, tenaga dan keringat dalam membantu misi kemanusiaan ‘Food Flotilla For Myanmar’.

Perdana Menteri turut bersyukur dengan ketibaan kapal Nautical Aliya yang membawa misi kemanusiaan ‘Food Flotilla For Myanmar’ di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang pagi tadi.

“Alhamdulillah, kapal Nautical Aliya yang membawa misi Food Flotilla for Myanmar bersama ribuan tan bantuan kepada mangsa pelarian Rohingya di sana dan juga di Bangladesh, telah selamat pulang ke Malaysia selepas melengkapkan misi mereka.

“Semoga Allah SWT memberi ganjaran kepada semua yang telah menyumbang kepada usaha murni ini. Insya-Allah,” katanya dalam catatan Facebook dan Twitternya, malam ini.

Kapal Nautical Aliya yang tiba di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang pada kira-kira 10 pagi tadi disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta anggota keluarga 183 sukarelawan misi berkenaan.

Nautical Aliya berlepas keluar dari Pelabuhan Klang pada 3 Februari lepas membawa 2,300 tan makanan dan barangan keperluan untuk etnik Rohingya di Myanmar dan pelarian Rohingya di Bangladesh.


Ia berlabuh di Pelabuhan Yangon pada 9 Februari dan menurunkan sebahagian daripada barangan bantuan itu dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke pelabuhan Chittagong pada 14 Februari untuk menurunkan keseluruhan barangan bantuan itu di sana.

Bantuan di Bangladesh itu adalah untuk diagihkan di tiga kem pelarian di Kutupalong, Cox’s Bazar dan Teknaf dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran. – BERNAMA

Kategori