Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon...

Berhabis RM36 Ribu Demi...

SEORANG pemandu lori di Britain sanggup berhabis £6,000 (RM36,056) untuk menjalani dua pembedahan bagi 'memperkasakan' kemaluannya. Hasilnya menurut...

Nenek 99 Tahun Dikatakan...

PORTSMOUTH - Seorang wanita menerima surat dari sebuah hospital, memaklumkan dia hamil.Bagaimanapun, Doris...

Enam Pekerja Asing Gerai...

TAWAU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau menahan enam pekerja warga asing termasuk...

Netizen Kutuk Wanita Niqab Jual Produk Ubat Kuat

PELBAGAI kaedah promosi yang dilakukan peniaga kini dan tidak kurang juga yang menggunakan sentimen agama untuk melariskan produk mereka.

Jika sebelum ini ada pihak yang menawarkan khidmat valet doa dan mengaji dalam jet peribadi serba mewah, tetapi kali ini bagi melariskan ubat kuat seks, imej wanita Muslimah pula dijadikan model ‘pelaris’.

Model wanita yang dipaparkan pula berniqab dan dipadankan dengan tudung labuh serta lebih menyedihkan apabila adalah ekspersi model dan ayat mengenai produk tersebut dianggap sebagai menjengkelkan.

Antara ayat digunakan adalah merangsang kembali syahwat, nafsu lelaki, menambah masa berjimak, memekatkan air mani, dan sebagainya untuk menjelaskan fungsi ubat kuat seks yang digayakan model berkenaan.

Netizen Kutuk Wanita Berniqab Jual Produk Kuat Seks

Netizen Kutuk Wanita Berniqab Jual Produk Kuat Seks

Model Muslimah berniqab ini pula tanpa segan silu menayangkan ubat kuat seks dengan ayat-ayat pemasaran yang melampau dan tidak selari dengan imejnya.

Dalam gambar yang berasingan turut dipaparkan gambar empat orang wanita berniqab bersama seorang lelaki yang kononnya menggambarkan hubungan poligami.

Gambar tersebut memberi gambaran si suami dapat memuaskan nafsu empat orang isterinya apabila menggunakan ubat kuat seks berkenaan.

Terdapat juga gambar wanita berhijab dalam posisi baring sambil memeluk model lelaki yang berlakon sebagai suaminya.


Netizen Kutuk Wanita Berniqab Jual Produk Kuat Seks

Perkongsian gambar tersebut jelas menimbulkan kemarahan dan kurang senang netizen yang menganggap cara pemasaran mereka keterlaluan serta mempergunakan agama.

Ada netizen yang mendakwa model terbabit hanya mengenakan tudung untuk sesi pengambaran namun tiada sumber yang dapat mengesahkan perkara tersebut.

Jelas sekali, perbuatan peniaga ini menjatuhkan imej agama Islam semata-mata mahu melariskan produknya.

Bagaimanapun, menjual ubat atau minyak seks adalah tidak salah kerana mungkin ada individu yang memerlukannya namun perkara yang dipertikaikan adalah imej ala Islamik yang ditonjolkan peniaga itu. -MYNEWSHUB.CC

Video sekadar hiasan:

Kategori