Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Kanak-Kanak Dilanggar Terpelanting...

SEORANG pemandu berjaya merakam aksi mengejutkan apabila kenderaan yang dipandunya nyaris mengorbankan seorang...

Pesawat Ringan Terhempas Tiada...

MELAKA - Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di...

14.79 Juta Tenaga Buruh...

PUTRAJAYA - Bilangan tenaga buruh di negara ini pada Disember 2016 adalah 14.79...

Dividen ASB 2 6.00...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dua dana...

Nukilan Menyentuh Hati Anak Buat Arwah Ayah

SETIAP orang pasti ada kisah tersendiri bersama insan bergelar bapa. Begitu jugalah dengan seorang individu bernama Faizul Ezmin.

Faizul menerusi akaun Facebooknya berkongsi status yang menyayat hati serta beberapa keping fotonya dan adik-beradiknya sedang menghias kubur arwah bapa mereka yang telah pergi menghadap Ilahi.

Di dalam status yang dimuat naik itu, Faizul menzahirkan kemaafan terhadap arwah bapanya serta meluahkan beberapa perkara yang tidak tercapai dilakukannya ketika hayat bapanya masih ada.

Nukilan Menyentuh Hati Anak Buat Arwah Ayah

Demi melangsaikan ‘hutang’ itu, Faizul dan dua adiknya iaitu Ewan dan Pejey mengambil keputusan untuk menghiasi pusara arwah bapanya itu seindah mungkin.

“Kita orang memang tak mampu nak belikan rumah kat abah masa abah masih hidup, so kita orang decide, takkan la abah dah meninggal pun kita orang tak mampu nak melawakan kubur abah.

So kita orang decide untuk bubuh rumput karpet sebab orang alim ade cakap bah, setiap helai daun tu akan berzikir untuk si mati,” tulisnya.

Nukilan Menyentuh Hati Anak Buat Arwah Ayah


Selain itu, Faizul turut meluahkan kerinduannya kepada arwah bapanya itu yang dahulunya sering menghubungi mereka adik-beradik untuk bertanyakan khabar mahupun keadaan cuaca.

“Dah takda orang call kita orang every 5 minit untuk tanya pasal cuaca hujan ke tak… Dah makan ke belum….,” luahnya.

Menerusi status itu juga, Faizul mendedahkan bahawa dia kini mengenal erti rindu seorang bapa terhadap anak-anaknya semenjak bergelar bapa kepada seorang puteri bernama Humaira.

Malah Faizul juga menitipkan pesanan buat dirinya dan masyarakat di luar sana yang masih mempunyai ibu bapa supaya menghargai dan meluangkan masa untuk mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori