Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Lembaga Getah Mahu Penoreh...

BALING - "Lembaga Getah Malaysia (LGM) mahu penoreh getah terus menoreh getah walaupun...

Bali Sunyi Sepi Sabtu...

DENPASAR – Buat tahun ke-16 berturut-turut, lapangan terbang antarabangsa Gusti Ngurah Rai Bali...

Sah! SPRM Akhirnya Tahan...

DICEKUP... Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini disahkan berjaya...

SM Sains Sultan Iskandar...

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Johor Bahru dinobatkan...

‘One Belt One Road Marathon’ Kerjasama Malaysia-China

KUALA LUMPUR – Penganjuran ‘One Belt One Road (OBOR) Marathon Major Series Malaysia’ di Dataran Merdeka di sini pada 1 Okt ini menyasarkan 20,000 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah berkata acara itu dianjurkan kementeriannya dan Chinese Athletic Association.

Ia sebagai menyahut seruan inisiatif OBOR China untuk menghubungkan republik itu dengan sebahagian besar Eropah dan Asia menerusi pelancongan sukan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian juga mengambil kira impak ekonomi daripada penganjuran maraton tersebut yang dianggar menjana RM40 juta menerusi bayaran penyertaan, penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman serta pakej percutian.

Rashidi berkata acara itu juga merupakan kesinambungan penganjuran Sukan SEA ke-29 dari 19 hingga 31 Ogos dan Sukan Para ASEAN ke-9 dari 17 hingga 23 Sept depan.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Marathon Wisdom Sports Group (China) Zhang Han berkata penganjuran maraton tersebut dijangka menarik pelancong China ke Malaysia.

Malaysia adalah lokasi pertama di luar China untuk siri maraton antarabangsa tersebut.

Inisiatif ini adalah hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China tahun lepas. – BERNAMA

Kategori