Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anggota UMNO Jangan Leka...

KUANTAN - Anggota dan pemimpin UMNO diingatkan jangan leka dan selesa dengan kuasa...

Enggan Nyanyi Despacito, Bieber...

MIMPI ngeri bagi kebanyakan penyanyi ialah apabila dibaling selipar, botol dan bermacam lagi...

UMNO Sedia Pertimbang Rayuan...

PUTRAJAYA : UMNO sedia mempertimbangkan rayuan pemimpin dan ahlinya yang digantung, baru-baru ini...

Pakej Rangsangan Ekonomi Selamatkan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini, pakej rangsangan...

Operasi Label Produk Bulu Babi, Anjing Minggu Depan

KOTA TINGGI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang masih gagal melabelkan berus berasaskan babi atau anjing bermula minggu depan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peniaga diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian bermula 9 Feb lepas.

“Maknanya minggu depan kita akan mulakan operasi untuk melihat semua peniaga mengikut apa yang telah kita arahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya Point Fair Price di Kompleks Bersepadu Pengerang, dekat sini hari ini.

Hamzah berkata peniaga yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing) 2013.

Pada 9 Feb lalu, peniaga telah diberi masa sebulan untuk meletakkan label pada berus berkenaan termasuk mengkhususkan produk yang dibuat daripada bahan berasaskan babi atau anjing.


Pada satu sidang media sebelum ini, Hamzah berkata memadai bagi peniaga meletakkan label “Produk Bulu Haiwan” pada produk berkenaan.

Mengulas isu lain, beliau berkata kementeriannya menyasarkan penubuhan purata 3,000 kedai harga patut di seluruh negara setahun.

Sehingga kini terdapat 3,000 kedai harga patut di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori