Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SST Akan Menyusahkan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Rakyat akan mengalami kerugian yang lebih sekiranya cukai barang dan...

Pingat Bukan Sasaran Utama...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong mengutamakan semangat berpasukan daripada...

Soal Survival UMNO Setelah...

KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam, dua pemimpin utama UMNO – Datuk...

Wanita Jalin Hubungan Dengan...

WANITA ini memang pelik. Dia mendakwa telah melakukan seks dengan hantu dan atas...

Operasi SAR Mangsa Bot Karam Di Sabah Diteruskan

KOTA KINABALU – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot pelancong yang karam serta hilang di perairan Sabah belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-26 hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata sektor pencarian masih meliputi kawasan seluas 300 batu nautika persegi di perairan Sabah, Miri (Sarawak) dan Brunei.

“Operasi pencarian melibatkan sembilan aset iaitu tiga milik APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (2), Pasukan Polis Marin (3) dan satu aset milik agensi keselamatan Brunei,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.


Setakat ini, 26 mangsa sudah dijumpai termasuk empat yang maut. – BERNAMA

Kategori