Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Perlu 38,333 Pusat...

SEPANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari...

George Bush Masuk Hospital...

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H.W Bush dimasukkan ke hospital...

Sukuk Prihatin Hasil Semangat...

PUTRAJAYA - Terbitan Sukuk Prihatin bernilai RM500 juta yang dilancarkan hari ini adalah...

Enam Wanita Thailand Ditahan...

ALOR SETAR - Enam wanita rakyat Thailand yang sedang sibuk melayan pelanggan ditahan...

P.Pinang Haramkan Mesin Simulator Selepas 2018

BUKIT MERTAJAM – Kerajaan Pulau Pinang akan mengharamkan penggunaan semua mesin simulator atau mesin judi di negeri ini selepas 2018 bagi mengekang peningkatan masalah sosial.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu diambil pada satu mesyuarat exco berikutan wujud kebimbangan mengenai peningkatan masalah sosial dan lambakan mesin seperti itu, termasuk yang memerlukan manusia mencuba nasib mengambil patung atau barang permainan menggunakan penyepit.

Katanya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan dimaklumkan tentang peraturan baharu itu.

“Pada tahun ini, mesin simulator akan hanya dibenar beroperasi di hotel, pusat beli-belah dan pasar raya, tetapi selepas 2018, Pulau Pinang tidak akan lagi mempunyai sebarang mesin simulator,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan belia di pinggir hutan simpan Cherok Tok Kun di sini hari ini.


Beliau berkata semua permohonan lesen untuk mesin simulator akan ditolak, manakala permohonan untuk memperbaharui lesen sedia ada tidak akan diluluskan selepas 2018.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

Kategori