Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tadika Perpaduan Perlu Dijenamakan...

PUTRAJAYA - Taman Bimbingan Kanak- Kanak (Tabika) Perpaduan perlu dijenamakan semula untuk terus...

Wanita Kencing Atas Bendera...

KETIKA Amerika Syarikat (AS) meraikan Hari Kemerdekaan ke-241 yang turut dikenali sebagai `Fourth...

Rasuah: Pegawai Polis, Warga...

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan lelaki warga Bangladesh direman...

Mahathir Pangku Jawatan Menteri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini memangku jawatan Menteri...

P.Pinang Lancar Kempen ‘Saya Sayang Pulau Pinang’

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini melancarkan kempen ‘Saya Sayang Pulau Pinang’ untuk mempertahankan negeri itu daripada menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kempen itu sebagai tanda kerajaan negeri menolak cadangan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu memperluas Wilayah Persekutuan dengan memasukkan Pulau Pinang.

“Pagi ini dalam mesyuarat exco kami membuat keputusan untuk melancarkan kempen ‘Saya Sayang Pulau Pinang’ untuk seluruh negeri Pulau Pinang. Kempen ini berdasarkan sayang ke atas negeri sendiri.

“Kami tidak akan lawan benci dengan benci. Tapi kami akan lawan dengan kasih sayang. Itu sebab kami nak mempertahankan Pulau Pinang dengan kempen sayangkan Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Dalam temu bual dengan stesen radio berteraskan kandungan perniagaan, BFM pada 1 Feb lalu, Tengku Adnan berkata beliau mahu perluaskan Wilayah Persekutuan untuk memasukkan Pulau Pinang, Langkawi, Kedah dan sebahagian Melaka.

Negeri-negeri berkenaan akan terletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan Tengku Adnan mendakwa dengan pembabitan kerajaan persekutuan, negeri terbabit akan mendapat lebih peruntukan dan lebih perhatian. – BERNAMA

Kategori