Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kakitangan AADK Direman 7...

KOTA BHARU - Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini membenarkan permohonan reman tujuh...

Seberang Pintasan, Dungun Mula...

DUNGUN - Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Terengganu pada musim tengkujuh ini...

Hafizh Harap Terus Cemerlang

KUALA LUMPUR - Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah terlalu hampir untuk muncul...

Elaun Khas Untuk Petugas...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi elaun khas kepada semua petugas yang terlibat...

PAS Sokong Ketegasan Kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR – PAS menyokong penuh ketegasan kerajaan Malaysia dalam berhadapan kontroversi dengan Korea Utara berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS senada dengan pihak berkuasa Malaysia bahawa siasatan kes itu tertakluk kepada undang-undang dan tatacara negara ini kerana ia berlaku di Malaysia.

Justeru, katanya, PAS mengecam cubaan campur tangan kuasa asing dalam siasatan kes tersebut terutama Korea Utara menerusi perwakilan mereka yang cuba memburuk-burukkan di Malaysia

“PAS melihat isu ini mempunyai sudutnya yang tersendiri apabila wujudnya cubaan campur tangan pihak Korea Utara menerusi perwakilan mereka di Malaysia yang boleh memburukkan lagi suasana hubungan diplomatik pada waktu ini.

“PAS secara konsisten memperjuangan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan dan gangguan daripada mana-mana pihak,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi berkata, isu geo-politik dan percaturan dalaman negara tidak wajar menjadi alasan mana-mana pihak dari Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan secara bebas dan professional oleh pihak berkuasa Malaysia.


Malaysia sebelum ini mengecam Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol kerana mendakwa kerajaan Malaysia mempunyai ‘sesuatu untuk disembunyikan’ dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara pada 13 Februari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Duta Besar Korea Utara ke Malaysia itu sebagai sesuatu yang biadab dari segi diplomatik.

Najib menegaskan bahawa Malaysia bukan kuda tunggangan dan tidak akan tunduk kepada mana-mana negara dalam mempertahankan kedaulatannya

Ironinya, sebilangan netizen dipercayai penyokong Pakatan Harapan seolah-olah memberi sokongan kepada tuduhan yang dilemparkan oleh Korea Utara ke atas Malaysia di media sosial. -MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

Kategori