Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

AS Henti Bantuan, Dakwa...

TENTERA Amerika Syarikat akan membatalkan bantuan untuk memerangi keganasan berjumlah AS$300 juta kerana...

Rasuah: SPRM Bimbang Sikap...

ARAU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang dengan sikap golongan terpelajar terhadap...

120 Pemilik BMW Raikan...

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kanak-kanak itu yang menghidap kanser otot apabila melihat deretan...

Karier Badminton Zulfadli, Chun...

BEKAS juara badminton remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli dan pemain profesional, Tan Chun Seang...

Patuhi Arahan Jabatan Veterinar, Isu ‘Brucella Abortus’

TELUK INTAN – Pemilik ladang ternak di negara ini diminta mematuhi arahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mengekang penularan penyakit ‘Brucella abortus’ yang dikesan menjangkiti lembu dan kerbau di Negeri Sembilan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata penternak berdepan dengan tindakan undang-undang jika mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan.

“Kalau ada lembu atau ternakan berpenyakit, sama ada ternakan tempatan atau yang baru dibawa masuk, ternakan itu hendaklah dikuarantin sehingga pihak veterinar mengambil tindakan selanjutnya.

“Selepas itu (disahkan bebas penyakit), barulah dibenarkan ternakan ini dihantar ke tempat-tempat yang dimaksudkan untuk penyembelihan dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2017 di Chenderong Balai, di sini hari ini.


Sebanyak tiga kes jangkitan Brucella abortus dikesan di Negeri Sembilan melibatkan ternakan lembu/kerbau import yang kemudian menjangkiti ternakan tempatan.

Penyakit itu yang boleh menyebabkan keguguran, kemandulan dan kematian pada haiwan yang dijangkiti turut boleh menjangkiti manusia sekiranya memakan daging ternakan yang terkena penyakit tersebut. – BERNAMA

Kategori