Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RUU Kawalan Produk Merokok...

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan...

Boeing Akan Jual Pesawat...

GEELONG - Syarikat pengeluar pesawat, Boeing memperkenalkan sebuah pesawat tanpa juruterbang baharu di...

Penutupan Anak Syarikat, Bukan...

KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini tampil menjelaskan laporan media...

Usia 59 Tahun Tak...

MENJELANG Sukan Sea dan Sukan Para ASEAN 2017, Astro tidak melepaskan peluang menunjukkan...

PDRM Ucap Tahniah Thailand Tangkap Raja Dadah ASEAN

ALOR SETAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah kepada polis Thailand atas kejayaan pasukan itu menangkap lelaki Laos yang digelar ‘Raja Dadah ASEAN’, dalang satu rangkaian pengedaran dadah di rantau ASEAN.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata tangkapan itu turut membantu PDRM dalam siasatan berkaitan.

“Saya ucapkan terima kasih bagi pihak Ketua Polis Negara kepada Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik (PNSB) Thailand atas pencapaian cemerlang mereka dalam menangkap raja dadah itu serta atas perkongsian maklumat dengan PDRM selama ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini hari ini.

Hadir sama Komander Bahagian Risikan Narkotik (PNSB) Polis Thailand Mejar Jen. Chayapoj Hasunaha.

Sidang media itu susulan rampasan 90 kilogram dadah disyaki syabu di Kedah dan Perlis pada Ahad lalu melalui operasi bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan PNSB Thailand.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata menerusi operasi yang dijalankan di seluruh bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Feb lepas, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM17.75 juta, lima pucuk pistol dan 315 butir peluru.


Polis juga katanya menangkap 26,925 pesalah melibatkan pembekal (3,570), memiliki dadah (7,758) dan penagih (15,597).

Jumlah itu merangkumi 22,182 warga tempatan, 1,039 warga asing serta 172 orang ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Menerusi operasi itu juga polis menyita harta dipercayai hasil aktiviti berkaitan dadah, dianggar bernilai RM22.19 juta, katanya. – BERNAMA

Kategori