Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

UM Mohon Maaf Atas...

Universiti Malaya memohon maaf atas insiden yang melibatkan seorang ahli akademik yang berpangkalan...

PKR Hentam Sikap Kolot...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berfikiran lebih...

Kerajaan Pastikan Operasi MAS...

MELAKA - Kerajaan akan memastikan operasi Malaysia Airlines (MAS) berjalan lancar dan tidak...

Sultan Muhammad V Tiba...

SEPANG - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya,...

Switzerland Sahkan Najib Bukan Suspek Siasatan 1MDB

GENEVA – Pejabat Peguam Negara Switzerland menjelaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam siasatan agensi itu terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jurucakap Pejabat Peguam Negara Switzerland, Andre Marty berkata, Perdana Menteri Malaysia itu juga bukan antara suspek yang dituduh dalam melakukan kesalahan komersial dalam siasatan tersebut.

“Dalam prosiding jenayah yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland ketika ini, Najib bukan salah seorang daripada beberapa pegawai awam yang dituduh,” kata beliau.

Kenyataan Marty tersebut turut dipetik daripada laporan pelbagai sumber termasuk portal berita antarabangsa Nikkei Asian Review menerusi laman http://asia.nikkei.com semalam.

Pejabat Peguam Negara Switzerland memulakan prosiding jenayah pada Ogos lalu terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan beberapa individu tidak dikenali berhubung dakwaan penyelewe­ngan dana AS$4 bilion (RM16.42 bilion).

Minggu lalu, Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa pihaknya ada menghantar permohonan kerjasama daripada Malaysia untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 26 Januari lalu, Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu, pihaknya ber­puas hati bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh Najib berhubung isu dana sebanyak RM2.6 bilion dan SRC International.


Beliau berkata, kertas siasatan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diteliti dengan menyeluruh dan tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan sebarang jenayah rasuah.

Sementara itu, 1MDB pada Sabtu lalu mengesahkan, Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak pernah menghubunginya bagi mendapatkan kerjasama tentang siasatan yang dijalankan terhadap syarikat tersebut.

Tohmahan isu 1MDB dicetuskan akhbar pro-Zionis, The Wall Street Journal tahun lalu namun dianggap usaha sabotaj pihak tertentu terhadap usaha sayap pelaburan kerajaan Malaysia itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori