Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota...

ESSCom Tahan 40 Migran...

TAWAU – Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia yang menyeludup masuk 40 migran...

Cubaan Kelihatan Seperti Patung...

RODRIGO Alves, 32, telah menjalani 42 pembedahan untuk mengubah dirinya supaya kelihatan seperti...

YDPA Berangkat Ke Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menghadiri Mesyuarat...

Pekebun Cedera Tertembak Diri Sendiri Di Miri

MIRI – Seorang pekebun cedera apabila senapang patah yang dibawanya terjatuh lalu tertembak mengenainya selepas mangsa tergelincir semasa dalam perjalanan pulang dari kebunnya di Beluru, Marudi petang semalam.

Ketua Polis Marudi, DSP Gabriel Risut berkata dalam kejadian pada 6.30 petang, mangsa berumur 58 tahun itu cedera di rusuk kiri belakang, bahu dan lengan kiri akibat kesan tembakan tersebut dan kini menerima rawatan di Hospital Miri.

“Mangsa yang berasal dari Rumah Panjang Buddy Sungai Selepin Tengah, Beluru Marudi kini berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati senapang patah itu merupakan milik bapa mangsa yang telah meninggal dunia dan belum dipindah hak milik.

Susulan itu, sepasukan polis telah pergi ke kediaman mangsa pagi tadi untuk merampas senapang patah jenis 12 Bore, Winchester yang digunakan mangsa, katanya.


Gabriel berkata berikutan kejadian itu juga, satu operasi pemeriksaan ke atas pemilik senjata api berlesen akan dilakukan di Marudi berkuat kuasa serta-merta bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pemilik memiliki senjata api yang tidak berlesen atau yang belum dipindah hak milik,” katanya. – BERNAMA

Kategori