Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Berjaya Tuntut Keadilan, Dah...

KISAH pelanggan teraniaya bukanlah kisah baharu, sebaliknya ada sahaja kes lebih kurang begini...

Kementerian Kesihatan Buat Laporan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang mendakwa...

Agong Terima Darjah Tertinggi...

ANKARA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima...

PBT Melaka Perlu Bangunkan...

MELAKA - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu memberikan perhatian...

Pekerja Kitar Semula Jumpa RM340k Dalam Kotak TV

SEORANG pekerja kilang kitar semula di Kanada ibarat mendapat durian runtuh apabila menemui C$100,000 (RM340,078) yang disorok dalam sebuah kotak televisyen (TV) oleh pemilik terdahulu.

Difahamkan wang tunai yang dijumpai di dalam kotak TV itu telah disembunyikan di situ sejak 30 tahun lalu. Kesemua wang yang dijumpai adalah dari not wang kertas C$50.

Wang berkenaan ditemui secara tidak sengaja oleh seorang pekerja kilang Global Electric Electronic Processing di Barrie, Ontario pada 13 Januari lalu.

Menurut pihak polis tempatan, duit yang dijumpai itu telah dipertemukan dengan tuannya berusia 68 tahun yang tidak didedahkan identitinya berasal dari perkampungan berdekatan Bolsover.

Identitinya dirahsiakan atas-atas faktor peribadi selepas pihak berkuasa cuba mengesan rekod bank dari tahun 1985.

“Ini merupakan situasi yang unik di mana sejumlah wang hilang tanpa sesiapa pun mengetahui ianya pernah hilang.


“Dia (lelaki 68 tahun) malah tidak menyedari anggota polis berada di rumahnya kerana asyik bercakap tentang kotak tunai yang mengandungi wangnya.

“Dia masih merasakan wang itu pernah ada di satu tempat di dalam rumahnya,” kata pegawai polis Nicole Rodgers.

Tambah pihak polis lagi, lelaki warga emas itu berasa lega dan gembira setelah menemui kembali wangnya.

Manakala menurut laman Ottawa Citizen memberitahu bahawa pekerja kilang itu tidak diwajibkan untuk mengembalikan wang tersebut kepada pihak polis. – MYNEWSHUB.CC

Kategori