Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Salah Remaja ‘Basikal...

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita lapan remaja berbasikal maut dalam satu kemalangan dirempuh...

Budak Harap Bantuan Penyakit...

BEBERAPA hari yang lalu, kami ada menyiarkan artikel mengenai seorang ibu yang meminta...

Muka Mereput, Membusuk Akibat...

MENDERITA kerana nak cantik. Ini yang berlaku kepada seorang lelaki apabila mukanya mereput...

Guna Beruang Serah Bola...

GARA-GARA terlalu ekstrem dan mahukan yang terbaik dalam persembahan bola sepak, seekor beruang...

Pelajar Maut Kemalangan Di Jalan Sarikei-Saratok

SARIKEI – Tidak sampai seminggu, seorang lagi maut manakala seorang cedera apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 20 Jalan Sarikei-Saratok awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sarikei Supt Mat Jusoh Muhammad berkata James Sigaya Douglas, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Paoh, yang membonceng motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakannya, Gait Jang, 17, cedera dan dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan manakala mayat James turut dibawa ke hospital yang sama, katanya.

Mat Jusoh berkata ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mereka dalam perjalanan ke sekolah apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna putih yang datang dari arah Sarikei ke Saratok bertembung dengan motosikal dinaiki mereka.

“Kemalangan berlaku di sebuah selekoh ketika cuaca sedang hujan renyai-renyai. Nombor pendaftaran kereta terbabit tidak dapat dipastikan.


“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi cawangan trafik IPD Sarikei bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada 18 Feb lepas, seorang guru Karim Sabli, 45, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Drau, di Saratok, meninggal dunia di jalan yang sama selepas Toyota Wish yang dipandunya hilang kawalan ketika melalui satu selekoh sebelum merempuh sebuah lori treler.

Isterinya Norhaiyati Hairiri, 42, yang bertugas di SK Ulu Sebetan, Saratok, dan rakan mereka Nazratul Syafinah Maimon, 26, cedera parah dalam kejadian pada 9.30 pagi itu. – BERNAMA

Kategori