Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rakam Video Seks Dengan...

SEORANG ibu dari United Kingdom dipenjara lima tahun selepas didapati bersalah menghasilkan video...

Tigerair Rancakkan Sektor Pelancongan...

IPOH - Syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Singapura, Tigerair, yang menjadikan Ipoh...

Najib, Anak Dibenar Tangguh...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan...

Terowong: Datuk Seri Dibebas...

PUTRAJAYA - Ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang direman bagi membantu siasatan berhubung...

Pemandu Bas Maut Serangan Jantung Masa Bertugas

PENUMPANG bas bernombor 68 di Shanghai, China mengalami detik cemas apabila pemandu bas yang membawa mereka tiba-tiba mengalami serangan jantung.

Menurut laporan salah sebuah media tempatan, mangsa yang dikenali sebagai Chen, 48 baru-baru ini pernah mengadu sakit dan ada mendapatkan rawatan doktor, namun tidak mendedahkan penyakit yang dialaminya.

Malah laman itu turut mendedahkan bahawa Chen bukanlah seorang yang jenis bekerja lebih masa.

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku pukul 9.52 pagi pada 20 Februari itu, bas yang dipandu Chen baru sahaja tiba di persimpangan jalan Hutai dan Lingshi.

Chen kemudiannya dilihat terlentok pada tingkap bas dan mengalami muntah-muntah secara tiba-tiba.

Pemandu Bas Maut Akibat Serangan Jantung

Pemandu Bas Maut Akibat Serangan Jantung


Meskipun dalam keadaan separa sedar, Chen cuba untuk menekan brek kenderaan yang dipandunya namun tidak berjaya.

Salah seorang daripada penumpang bas itu dilihat bergegas mendapatkan Chen dan menarik brek tangan bas tersebut manakala penumpang lain pula menghubungi pihak polis dan ambulans.

Kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.11 pagi dan mengangkat Chen keluar dari tempat duduk pemandu untuk melakukan bantuan pernafasan dan rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. – MYNEWSHUB.CC

Kategori