Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pahang Fokus Perbaiki Kelemahan...

PENGENDALI pasukan Pahang Zainal Abidin Hassan melihat kelemahan pemain melakukan sentuhan penyudah mengundang...

Kelantan Harap Kerajaan, Petronas...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan berharap wakil Petronas dan kerajaan persekutuan hadir ke...

Tanpa ‘Cue Card’, Fauziah...

KETIKA netizen mengkritik cara Janna Nick mengacara di majlis Anugerah Bintang Popular 2018...

Perlu Undang-Undang Ketat Kekang...

KUALA LUMPUR - Undang-undang yang ketat diperlukan bagi mengekang aktiviti basikal lajak kerana...

Pemandu Lori Ayam, Kelindan Maut Kemalangan Di Jempol

SEREMBAN – Pemandu lori dan kelindannya maut selepas tersepit di bahagian kepala lori dalam kemalangan di KM 36 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Noorzainy Mohd Noor berkata pemandu lori berkenaan, Tanvir Ahammed Siddique, 46, warga Bangladesh, dan kelindannya, Ismail Fadlizah, juga 46, maut di tempat kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 5.30 pagi tadi dan siasatan awal mendapati lori berkenaan yang membawa muatan ayam mentah siap diproses tiba-tiba hilang kawalan semasa melalui selekoh tajam lalu terbalik di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian kerana tersepit di bahagian kepala lori yang remuk manakala seorang lagi kelindan Mohd Syaaban Mohd Amin, 29, cedera parah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Hasil semakan rekod kenderaan terbabit mendapati lapan kes lampau membabitkan kesalahan memandu laju dicatatkan sejak 2013 hingga 2015.


Katanya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori