Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sierra Leone Dikuarantin Untuk...

FREETOWN – Presiden Ernest Koroma mengarahkan seluruh penduduk Sierra Leone supaya berada di...

Ditemui Hampir Mati, Ulat...

MALANG menimpa seorang wanita yang terlalu gemuk, yang terpaksa berbaring di atas katil...

UMNO Mesti Tegas Dengar...

SHAH ALAM - Suhu kehangatan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang dijadualkan berlangsung...

3 Beradik Buas Ditahan...

SEGAMAT - Padah gagal mengawal nafsu, tiga beradik lelaki termasuk sepasang kembar direman...

Pemandu Lori Didenda RM2,000 Kerana Tatu Geng 21

PETALING JAYA – Gara-gara mempunyai tatu melambangkan anggota kongsi gelap di tubuhnya, seorang pemandu lori didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Genggeswaran, 27, selepas dia mengaku bersalah mempunyai tatu ukiran Daun Terup (AA), melambangkan kumpulan ‘Geng 21’, pada lengan sebelah kirinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan stesen minyak Caltex, di Subang Jaya, di sini pada 1.30 pagi, 24 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimun RM5,000 atau kedua-duanya.


Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Peguam tertuduh, Mohd Shazwan Mohd Hassan, memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan tidak lagi melibatkan diri dalam kegiatan berkumpulan setelah berumah tangga dan mempunyai anak. – BERNAMA

Kategori