Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Langkah Tepat Lantik Najib...

KUALA LUMPUR - Keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Najib...

Pekerja Separuh Bogel Promosi...

MEMALUKAN. Sebuah syarikat barang kemas yang popular di Hong Kong, Chow Luk Fook...

Polis Buru Lelaki Ugut...

BEAUFORT - Polis sedang berusaha mengesan seorang lelaki yang disyaki mengugut isterinya dengan...

PH Tiada Bukti Rampasan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa gagal membuktikan kesemua barangan dan...

Pemilik Kedai Runcit Ditahan Tetak Peniaga Sate

KOTA BHARU – Seorang pemilik kedai runcit ditahan selepas bertindak menetak kepala seorang peniaga sate di Pasir Mas, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, suspek berumur 28 tahun dikatakan menuduh mangsa yang berusia 20 tahun tidak menjelaskan bayaran arang berjumlah RM4 dari kedainya sebelum tiba-tiba menyerang dan menetak mangsa.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini, manakala mangsa yang cedera di kepala menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Menurutnya polis merampas sebilah golok sepanjang 50cm yang dipercayai digunakan dalam kes itu selepas menahan suspek di rumahnya di Kampung Kubang Ketam, Pasir Mas pada 11 malam tadi.

“Ujian air kencing yang dijalankan didapati suspek tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya.


Menurutnya suspek disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata tajam.

Ab Rahman berkata sepanjang 1 Jan tahun ini hingga sekarang, sebanyak 37 kes dilaporkan berkaitan kes mendatangkan kecederaan di Kelantan.

Beliau berkata kebanyakan kes itu berpunca daripada sikap panas baran individu membabitkan pergaduhan menggunakan senjata tajam, kayu atau topi keledar. – BERNAMA

Kategori