Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Mulakan Misi Balas...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memulakan...

Tiada Seorang Lelaki Pun...

SEMPENA sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, sebuah syarikat percutian mewah telah mengumumkan mereka...

Pelarian Syria Ada 4...

BERLIN - Seorang pelarian Syria yang ada empat isteri dan 23 anak telah...

Nahas Duke: Anak Mangsa...

KUALA LUMPUR - Nenek dua kanak-kanak yang kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan...

Pemuda UMNO Kecam ‘Mulut Celupar’ Duta Korea Utara

KUALA LUMPUR – Susulan kenyataan biadap Duta Korea Utara, Kang Chol terhadap Malaysia berhubung kes kematian rakyatnya, Kim Jong-nam, Pergerakan Pemuda UMNO menyerahkan nota bantahan kepada kedutaan negara tersebut, hari ini.

Kumpulan yang diketuai Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyerahkan memorandum bantahan ekoran kenyataan Kang Chol yang disifatkan sebagai ‘pencerobohan’ terhadap proses undang-undang dan kedaulatan Malaysia.

“Susulan ‘pencerobohan’ ini, kami menggesa kerajaan Malaysia supaya menamatkan perjanjian tanpa visa dengan Korea Utara.

“Selain itu, kami juga mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara,” katanya pada sidang media di hadapan Kedutaan Korea Utara, di sini hari ini.

Menurut Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, beberapa kenyataan yang dikeluarkan Kang Chol sebelum ini seolah-olah tidak menghormati kedaulatan Malaysia.

“Kenyataan yang dikeluarkan Kang Chol semuanya berbentuk tuduhan dan fitnah semata-mata, seolah-olah menggambarkan undang-undang negara ini terbuka kepada campur tangan asing, mempunyai agenda tersembunyi selain tidak mampu mencari penyelesaian yang adil,” tegasnya lagi.

Nota bantahan dua muka surat itu diterima oleh seorang lelaki yang mewakili kedutaan rejim Pyongyang terbabit.

Pemuda UMNO Kecam 'Mulut Celupar' Duta Korea Utara

Pemuda UMNO Kecam 'Mulut Celupar' Duta Korea Utara

Kumpulan kira-kira 50 peserta itu termasuk beberapa NGO belia membawa plakad bertulis ‘Respek Malaysia’ bagi menggambarkan bantahan mereka terhadap keceluparan kata-kata Kang Chol sebelum ini.


Hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara kebelakangan ini menjadi semakin tegang berikutan kenyataan Kang Chol yang memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia ‘berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar’ dalam pengendalian kes kematian warganya pada 13 Februari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bertindak balas dengan kenyataan Kang Chol sebagai sesuatu yang tidak wajar sama sekali dan biadap daripada segi diplomatik antara kedua-dua negara.

Menurut Najib, sepatutnya pihak kedutaan Korea Utara membantu Malaysia merungkai kebenaran mengenai kematian yang diragui melibatkan warganegaranya, bukannya membuat kenyataan melulu dan tidak berasas terhadap Malaysia.

Baca: Kenyataan Duta Korea Utara Tidak Wajar, Biadab – PM

Kematian Jong-nam mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa apabila kes berprofil tinggi itu melibatkan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Jong-nam diserang dua wanita di Terminal Klia2 ketika sedang menunggu untuk menaiki penerbangannya ke Macau, China pada 13 Februari lalu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua suspek wanita itu dikesan menyapu mukanya dengan cecair yang dipercayai beracun.

Jong-nam dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori