Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Populariti Luar Jangka, Lady...

PENYANYI antarabangsa, Lady Gaga memberitahu pernah berasa trauma dengan populariti sehingga takut untuk...

Isu Gambar Najib Di...

Bahana menyebarkan berita palsu, satu NGO bawah Pemuda UMNO, Briged Kesatria Muda Malaysia...

Penjawat Awam N.Sembilan Dapat...

SEREMBAN - Kesemua 6,495 penjawat awam di negeri ini akan menerima sagu hati...

Bekalan Air Pulih Di...

KUALA LUMPUR - Pengguna di kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air di...

UMNO Lapor Polis Isu Daftar Warga Asing Untuk PRU14

KOTA KINABALU – Pergerakan Pemuda UMNO Sabah hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook dan blog yang memuat naik artikel mendakwa UMNO mendaftarkan rakyat asing dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai persediaan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Setiausahanya, Mohd. Bahrin Abd. Karim berkata beliau menyedari akan artikel bersifat fitnah itu malam tadi.

“Artikel itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘DKay HjEsin HjEsin DKay’ dan mengandungi tuduhan palsu bersifat jelik, tidak berasas, memudaratkan dan berniat mengaibkan nama baik serta integriti UMNO dan Barisan Nasional,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis itu di sini hari ini.

“Blog itu pula menuduh UMNO mula mendaftar warga asing melalui JPN untuk persediaan PRU-14 di Sabah dan mendakwa JPN telah mengeluarkan kira-kira 30,000 resit pendaftaran yang diagihkan kepada 13 kawasan dewan undangan negeri baharu di Sabah,” katanya lagi.


Sehubungan itu, Mohd Bahrin berkata Pemuda UMNO Sabah memohon polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook dan pemilik laman blog terbabit.

Beliau berkata pergerakan itu juga memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan serupa terhadap pihak yang berkenaan. – BERNAMA

Kategori