Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

‘Penipuan’ Guan Eng Menyusahkan...

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng didesak supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan...

Kes Bunuh Kerani Sekolah:...

PIHAK polis menahan seorang lagi suspek lelaki berumur 30 tahun yang dipercayai terlibat...

Awan Berbentuk Topi Di...

KOTA KINABALU - Pembentukan awan lentikular yang menyerupai kanta atau topi yang berlaku...

Ringgit Meneruskan Aliran Harga...

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar US minggu depan...

Pencapaian Indeks Ekonomi Bukti Dasar BN Berhasil

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian Malaysia dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloomberg adalah satu lagi bukti dasar dan pelan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) tepat dan membuahkan hasil.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menggandakan usaha untuk memacu negara ke arah kemajuan berteraskan rakyat.

“Alhamdulillah, Malaysia disenaraikan di tangga ke-23 dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloomberg, kedudukan yang mendahului banyak negara yang lebih maju.

“Kedudukan ini meningkat dua anak tangga berbanding tahun sebelumnya pada tangga ke-25, malah lebih membanggakan, ia dicapai tatkala negara-negara maju lain menyaksikan penurunan dari segi kedudukan mereka,” katanya menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Menurut Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloomberg (www.bloomberg.com), Malaysia disenaraikan di tangga ke-23 paling inovatif berbanding negara-negara maju yang lain. – BERNAMA

Kategori