Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PH Buat Akaun Bank...

BONGKAR... Sudahlah bertindak zalim sengaja beku akaun bank anggota keluarga Datuk Seri Najib...

Cipta Rekod Baru, PM...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada...

5,000 Warga 4 Kementerian...

PUTRAJAYA - Kira-kira 5,000 warga kerja empat kementerian bergabung menjayakan program Senaman Aerobik...

Adenan Gesa Penduduk Kampung...

SIBU - Penduduk yang mempunyai ramai ahli keluarga di beberapa buah kampung di...

Penculik Kanak-Kanak Berkeliaran Tidak Benar

MIRI – Polis Sarawak hari ini menyangkal catatan di Facebook berkenaan amaran polis kononnya terdapat sekumpulan penculik sedang aktif mencari mangsa di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata catatan itu yang menyebut amaran polis khususnya kepada pihak sekolah, agar berhati-hati dengan dua wanita yang juga sebahagian daripada sindiket penculikan kanak-kanak, adalah palsu.

Beliau berkata catatan palsu itu turut disertakan dengan gambar dua wanita berkulit gelap dan dua lakaran kononnya wanita yang terlibat dalam sindiket itu.

“Hasil siasatan lanjut mendapati cerita dan lakaran dua wanita tersebut sebenarnya adalah cerita dari luar negara,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Dev berkata sehubungan itu pihak polis menahan dua lelaki, tahanan pertama dibuat pada 11:30 pagi semalam dan kedua pada 2 pagi hari ini.


“Dua individu terbabit, seorang pengawal keselamatan dan seorang pemandu, keduanya berusia 25 tahun, mengaku bahawa mereka menyalin catatan tersebut daripada akaun Facebook lain,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua pemilik akaun Facebook itu disiasat bagi kesalahan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. – BERNAMA

Kategori