Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

121 Pelajar Baharu Daftar...

DUNGUN - Seratus dua puluh satu pelajar baharu mendaftar di Universiti Teknologi Mara...

Komuniti Cina Juga Ditindas...

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) ketika era pentadbirannya selama 22 bulan turut...

Ahmad Razif Akur Bertanding...

KUALA BERANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan...

Video: Apa Hasilnya Apabila...

KEBIASAANNYA golongan lelaki sering kali tertanya-tanya kenapa wanita mengambil masa yang cukup lama...

Pencuri Lelaki Menyamar Pakai Tudung Dijel 8 Bulan

LELAKI yang kontoi mencuri di surau wanita dengan menyamar sebagai perempuan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Baca: Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau

Tertuduh, Mohamad Firdaus Abdullah, 21, dijatuhkan hukuman oleh Majistrey Atiqah Abd. Karim selepas mengaku bersalah mencuri di surau wanita di sebuah pusat membeli belah.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Firdaus didakwa mencuri dompet milik Nur Damia Syahirah Rany, 22, di surau wanita, Tingkat 1 Sunway Pyramid, Bandar Sunway, pukul 9.40 malam, pada 18 Februari lalu.

Pencuri Lelaki Menyamar Pakai Tudung Dijel 8 Bulan

Susulan itu, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini.

Atas kesalahan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, gambar Mohamad Firdaus yang ditangkap mencuri dengan menyamar sebagai wanita menjadi tular menerusi laman sosial.

Gambarnya menarik perhatian ramai kerana Mohamad Firdaus kelihatan tidak ubah seperti wanita yang lengkap mengenakan solekan, dan manis menggayakan rekaan tudung terbaharu ‘Pucci’. – MYNEWSHUB.CC

Kategori