Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Yeo Poh Dilantik Pengerusi...

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini melantik bekas Pengerusi Majlis...

Untuk Raya Tahun Ini...

Baru-baru ini penulis berkesempatan melihat beberapa rekaan fesyen jenama Bianco Mimosa yang bakal...

Mohamad Sabu Akui Ucapan...

IPOH - Dahulu, kemunculan tokoh politik tanah air ini di atas pentas ceramah...

PTA Saudi Kagum Prestasi...

MAKKAH - Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam (PTA) Arab Saudi kagum dengan prestasi Syarikat...

Pendidikan Paling Berjaya Bawah DEB Ubah Nasib Melayu

IPOH – Pendidikan merupakan program di bawah Dasar Ekonomi Baru paling berjaya mengubah nasib orang Melayu sejak diperkenal pada 1971 apabila ramai yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan menyumbang kepada kejayaan dalam pelbagai bidang pekerjaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

“Gadis Melayu yang menjangkau usia 15 tahun tidak lagi terkurung di ruang dapur menantikan tepak sirih pinangan, tetapi menyambung pelajaran untuk menguasai pelbagai kemahiran, melangkah tapak demi tapak dalam pelbagai bidang kerja,” titah baginda.

Baginda bertitah pengenalan DEB melalui program pendidikan, umpamanya, ibarat suntikan sakti yang mengubah rupa bentuk dan keyakinan diri orang Melayu secara lebih radikal.

“DEB tidak sekadar memberi ruang lebih besar kepada penyertaan Melayu dalam arus pembangunan perdana tetapi turut mendewasakan anak Melayu terutama dari desa dengan akar bangsa kuat dan tunjang agama yang kukuh.”

“Produk DEB tidak hanya dinikmati oleh individu dan keluarga tetapi memberi satu rasa keyakinan dan kemegahan baharu kepada orang Melayu. Anak Melayu membanjiri kelas menengah Melayu, berjawatan tinggi, terutama dalam sektor awam serta memiliki pengaruh dan melakukan transformasi budaya termasuk di tempat kerja atau tempat tinggal,” titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Turut berangkat pada muzakarah bertemakan ‘Mengakar Kuat Umat Melayu, Menjunjung Tinggi Islam’ itu ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sultan Nazrin yang juga Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam ntarabangsa (MIFC) bertitah Malaysia sentiasa dijadikan sebutan sebagai negara Islam yang moden, maju, aman, makmur dan sederhana.


“Kepimpinan Islam di Malaysia di pandang tinggi. Kebijaksanaan pemimpin Melayu melaksanakan program-program pembangunan ummah dan pembangunan negara mendapat pengiktirafan di serata dunia,” titah baginda.

Baginda bertitah kepimpinan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC); Felda, Tabung Haji dan Pusat Pendidikan Antarabangsa bagi Kewangan Islam (INCEIF) adalah antara bukti dan sumbangan bakti tokoh-tokoh ulung Melayu.

“Sebahagian mereka mungkin tidak berimej ulama.

“Namun mereka berperanan besar membantu menampung lompang-lompang kekosongan yang perlu dipenuhi untuk memperlengkapkan Islam dalam menghadapi tuntutan dunia semasa,” titah Sultan Nazrin. – BERNAMA

Kategori