Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Operasi NGV Di 67...

KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menutup sementara perkhidmatan tenaga gas...

Konflik Dalaman MIC –...

Pergeseran dalaman parti MIC sampai ke kemuncaknya apabila Timbalan Presiden, Datuk Seri S....

Gerakan Persoal Guan Eng...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoal tindakan Ketua Menteri, Lim...

Polis Tahan Warga Pakistan...

KUANTAN - Polis menahan seorang warganegara Pakistan yang mengutip derma tanpa kebenaran Jabatan...

Penduduk Mahu Jamilah Teruskan Rancangan Tok Nan

LUNDU – Semakin banyak pembangunan akan dapat dibawa ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu sekiranya penduduk di sini memilih wakil rakyat yang tepat.

Seorang peniaga di Pasar Tamu Lundu, Nui Ladi, 47, berkata calon Barisan Nasional (BN) DUN Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu adalah calon yang tepat untuk meneruskan perancangan arwah suaminya Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

“Mudah-mudahan dia (Jamilah) dapat teruskan apa dirancang Tok Nan. Sebagai penduduk Lundu saya rasa masih banyak pembangunan diperlukan di kawasan ini,” katanya kepada Bernama.

Nui yang mencari rezeki dengan menjual hasil hutan itu berkata sebagai contoh, pasar tamu Lundu yang diwujudkan sejak beberapa tahun lalu memudahkan peniaga memasarkan jualan mereka.

“Pasar tamu ini memudahkan kami. Saya tidak rasa dua lagi calon yang turut bertanding pada PRK Tanjong Datu mampu membawa apa-apa ke kawasan ini,” katanya.


Awang Hamid Awang Bujang, 56, dari Kampung Sileng pula berkata pemergian Adenan masih diratapi masyarakat di Tanjong Datu.

“Saya yakin Datuk Amar merupakan calon paling sesuai dan boleh buat (bawa) seperti apa yang dirancang Tok Nan. Dia (Jamilah) paling layak untuk teruskan legasi Tok Nan,” katanya. – BERNAMA

Kategori