Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sindiket Curi, Lerai, Eksport...

PELABUHAN KLANG - Seorang lelaki warga Mesir merupakan antara lima anggota sindiket 'Botak...

Golongan Terjejas Diberi Pilihan...

SHAH ALAM - Golongan B40, individu kehilangan pekerjaan dan perusahaan mikro serta Perusahaan...

Bajet 2015: RM27.6B Tingkat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM27.604 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2015 untuk meningkatkan tahap...

Sultan Kedah Sihat, Tular...

ALOR SETAR - Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka...

Penduduk Sg. Terengganu Berhati-Hati, Kelibat Buaya

KUALA NERUS – Penduduk di kampung Seberang Bukit Tumbuh, di sini diminta berhati-hati dan tidak mendekati kawasan sungai berikutan terdapat kelibat seekor buaya di kawasan sungai berdekatan.

Orang ramai yang ditemui Bernama berkata buaya tersebut dilihat berada di tebing Sungai Terengganu sekitar pukul 3 petang semalam hingga 7 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Seberang Bukit Tumbuh, Nazri Ghani, 35, berkata buaya sepanjang dua meter itu kelihatan masih kecil dan jinak.

“Ada penduduk ingin menangkapnya dengan menggunakan jerat, tetapi tidak berjaya kerana ia berenang ke tempat air yang dalam,” katanya di sini hari ini.

Nazri berkata dua hari lepas, beliau menerima aduan daripada penduduk kampung bahawa terdapat seekor buaya di kampung Batin, juga berhampiran sungai yang sama dan beliau tidak menolak kemungkinan ia adalah buaya yang sama.


Sungai Terengganu merupakan sungai terpanjang di negeri ini yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu yang dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut. – BERNAMA

Kategori