Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dadah: Mayat Bergelimpangan, 60,000...

HAMPIR seramai 60,000 penagih dadah di Filipina telah menyerah diri kepada kerajaan selepas Presidennya, Rodrigo...

Harga RON95, RON97, Diesel...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun sebanyak 7 sen...

Diskriminasi Kaum Dalam Sektor...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta kerajaan mengkaji semula masalah diskriminasi...

Video: Program Cium ‘Tapak...

TINDAKAN penganjur program "Lantunan Mahabah Rasullullah" di Kedah menjalankan aktiviti mencium dan menjunjung...

Sasar Graduan Sarjana Muda Bidang Profesional

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengutamakan graduan sarjana muda dalam bidang profesional termasuk sains forensik bagi mengisi kira-kira 250 jawatan inspektor yang ditawarkan tahun ini.

Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata turut diutamakan ialah mereka yang berkelulusan undang-undang, teknologi maklumat, perakauan dan kejuruteraan seni bina.

“Kekuatan polis sekarang ini hampir penuh, sesuai dengan perjawatan yang kita ada iaitu kira-kira 127,000 orang. Pada tahun ini kita hanya akan mengambil 1,780 orang termasuk 250 pegawai berpangkat inspektor dengan bakinya anggota berpangkat rendah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri upacara Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan Konstabel Siri 1/2016 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Pada majlis itu, 274 pelatih berjaya menamatkan latihan masing-masing. Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.


Katanya seiring dengan peredaran masa, PDRM juga perlu melengkapi pasukannya dengan pegawai yang mempunyai pelbagai kemahiran.

Sebagai contoh, anggota polis yang mempunyai latar belakang dalam kejuruteraan boleh menasihatkan pihak berkuasa tempatan tentang keselamatan dalam aspek pembangunan termasuk infrastruktur yang diperlukan dalam pencegahan jenayah, katanya.

“Kalau kita lihat sekarang ini, perlakuan jenayah lebih sofistikated. Jadi, seperti yang saya sebutkan tadi, forensik kita perlukan. Kita dah ada makmal forensik dan pegawai-pegawai yang berkelulusan dalam bidang kimia, fizik dan lain-lain tetapi kita perlu ramai dan berkesinambungan,” kata Zulkifli. – BERNAMA

Kategori