Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Rasuah: Anggota JPJ Dijel...

SEREMBAN - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dihukum penjara 14...

Nadma Berada Di Lokasi...

KUALA LUMPUR — Pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah bersiap sedia dan...

Joe Biden Angkat Sumpah...

WASHINGTON - Joe Biden, 78, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat...

Nak Nyala Api Rokok…...

TINDAKAN semberono menyalakan pemetik api untuk merokok ketika membawa tong gas petroleum cecair...

Penganggur Dijel 5 Bulan, 2 Sebatan Kerana Mencuri

PETALING JAYA – Seorang penganggur yang mempunyai kesalahan lampau bagi kes curi hari ini dipenjara lima bulan dengan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri pelbagai jenis barang di sebuah pasar raya.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Sew Kah Hin, 20, selepas dia mengaku bersalah mencuri barang bernilai RM200 milik KK Supermart dan Superstore di Taman Sungai Besi Indah, Serdang, di sini pada 11.44 malam, 18 Februari lalu.

Sew yang menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh ketika dijatuhkan hukuman itu didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hendaklah dihukum penjara dan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy memohon mahkamah menjatuhhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh mengambil kira faktor kesalahan yang dilakukan merupakan kesalahan sama yang berulang.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan. – BERNAMA

Kategori