Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Menteri & CEO...

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar telah mengejutkan...

Olaf Scooters – Beg...

Masihkah anda ingat dengan skuter lipat atau lebih dikenali dengan nama skuter tendang?Jika...

Gol Kontroversi Ranapkan Impian...

BANGKOK - Johor Darul Ta'zim (JDT) tewas tipis 0-1 kepada kelab Jepun, Nagoya...

Remaja Lelaki Ini Bakal...

SENJATA api atau pistol sangat berbahaya dan kebenaran memilikinya adalah isu yang sudah...

Penguatkuasaan Terhadap Operasi Bot, Feri Perlu Diperketat

BENTONG – Penguatkuasaan terhadap operasi bot dan feriperlu diperketat bagi mengelak tragedi bot karam di perairan Sabah berulang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada, demi memastikan keselamatan penumpang.

“Kita mempunyai kaedah dan peraturan tetapi bagi penguatkuasaan, kita tidak akan membenarkan pengusaha bot membawa muatan berlebihan. Apabila membawa muatan berlebihan, apa-apa boleh berlaku dan mengabaikan keselamatkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Flat Taman Husain di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian bot pelancong membawa 28 pelancong warga China dan tiga kru karam ketika dalam pelayaran ke Pulau Mengalum, Kota Kinabalu, Sabah Sabtu lepas.

Setakat ini, 22 mangsa merangkumi 20 pelancong China dan dua kru diselamatkan, tiga warga China terkorban dan enam masih hilang.


Liow seterusnya berkata kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dalam mencari langkah berkesan bagi mengelak insiden serupa.

Dalam pada itu, beliaun berkata bot penumpang dan feri perlu dilengkapi sistem kedudukan geografi (GPS) bagi memudahkan usaha mencari dan menyelamat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Saya sangat sedih tragedi itu berlaku ketika Sabah dipromosikan sebagai destinasi pelancongan yang penting. Tragedi bot ini sepatutnya boleh dielakkan,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori