Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kecoh Jaket Dipakai Melania...

TULAR... Ia hanya jaket biasa namun tulisan di belakang pakaian itu menyebabkan Wanita...

Cuaca Buruk, Hujan Lebat...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran, hujan berterusan tahap buruk yang...

Bailly Bintang Pertama Diikat...

LONDON - Pertahanan tengah Villarreal dan Ivory Coast, Eric Bailly menjadi pemain pertama...

Kenyataan Rasmi Persatuan Syarikat...

KUALA LUMPUR - Ekoran ramai pihak membantah kenaikan kadar tol, Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi...

Penukaran Nama Shell Refining Selesai Bulan Depan

KUALA LUMPUR – Proses penukaran nama Shell Refining Company (Federation of Malaysia) Bhd (SCR) kepada Hengyuan Refining Company Bhd (HRC) dijangka selesai menjelang Mac ini.

Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif HRC Maarten Stals berkata persetujuan para pemegang saham yang diperolehi hari ini merupakan satu tanda penting kerana ia mencerminkan identiti baharu syarikat tersebut.

Penukaran nama itu dibuat berikutan pengambilalihan ekuiti SRC sebanyak 51 peratus oleh Malaysia Hengyuan International Ltd dengan harga US$66.3 juta (US$ 1 = RM4.43) pada tahun lepas.

“Sekarang ini, kami sedang bekerjasama dengan Kumpulan Hengyuan untuk melihat bagaimana kami boleh mengoptimumkan lagi kemudahan penapisan terbabit dan memastikan bahawa kami boleh menyampaikan produk mengikut spesifikasi tempatan.

“Kami juga akan belajar cara terbaik untuk memanfaatkan pasaran penapisan dan faedah jika kami memindahkan produk kilang penapis itu dari Malaysia ke China,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa SRC di sini hari ini.

Stals ketika menyentuh mengenai prospek bagi tahun tersebut, memberitahu syarikat akan terus memberi tumpuan kepada kecekapan operasi, pengurusan risiko kewangan dan penghasilan produk yang berkualiti tinggi bagi memaksimumkan margin.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, SRC mengumumkan bahawa keuntungan sebelum cukai syarikat itu telah menurun kepada RM335.27 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016 daripada RM352.58 juta yang dicatat dalam 2015.

Pendapatan turut merosot kepada RM8.36 bilion daripada RM9.08 bilion sebelum ini disebabkan harga produk yang lebih rendah.

Pada 4.51 petang, harga saham SRC menokok sebanyak 59 sen pada RM3.82 dengan 5.57 juta saham bertukar tangan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Shell

Kategori