Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

18 Hospital Mula Tawar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 hospital terpilih di seluruh negara telah mula menawarkan...

Bomba Sasar 50% Anggota...

JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 50 peratus anggotanya...

DAP Tentang RUU 355...

PUTRAJAYA - Tindakan DAP menentang Rang Undang-undang Persendirian (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah...

Kepala Budak Tersepit Di...

NILAI - Seorang ibu cemas apabila mendapati kepala anak bongsunya tersepit pada palang...

Penunggang Motosikal Maut Bertembung Kereta

TAWAU – Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya yang membonceng cedera parah selepas bertembung dengan sebuah kereta di simpang Taman Joo Hwa, Jalan Bunga Raya di sini malam tadi.

Kejadian pada 7.30 malam itu dipercayai berlaku apabila Toyota Vigo dari arah Batu Tiga Jalan Apas yang dipandu seorang lelaki berumur 58 tahun tiba-tiba membelok untuk masuk simpang ke Taman Joo Hwa tanpa menyedari motosikal di simpang itu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata ekoran itu kereta pacuan empat roda berkenaan terlanggar motosikal dan menyebabkan penunggang serta rakannya cedera parah.

“Penunggang motosikal, Mohammad Kaharruddin Darwis, 24, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tawau manakala rakannya Mazlan Jan, 22, menerima rawatan di hospital sama akibat kecederaan pada tulang pinggul paha kanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Fadil berkata, pemandu Toyota Vigo tidak mengalami kecederaan dan polis akan menyiasat kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

Kategori