Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ketiadaan Chong Wei Beri...

SEPANG – Skuad badminton Malaysia mengakui menerima tamparan hebat berikutan penarikan diri tonggak...

Parit Utama Di Sekitar...

KUALA LUMPUR - Bagi menangani masalah banjir di sekitar ibu negara, Dewan Bandaraya...

Kamarudin, Tony Fernandes Lepas...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd. (AAGB), Datuk Kamarudin Meranun dan...

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih...

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan...

Penyokong Trump Boikot Starbucks ‘Mesra’ Pelarian

WASHINGTON DC – Langkah Starbucks menerima 10,000 pelarian untuk bekerja di cawangannya di serata dunia mencetuskan bantahan penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Keadaan itu menyebabkan hasthag #BoycottStarbucks mula menjadi topik Twitter paling tular dikicau netizen di seluruh AS sebagai menyelar tindakan biadap rangkaian kafe popular tersebut yang diumumkan 31 Januari lalu.

Mereka malah menyifatkan tindakan Starbucks jelas menentang polisi Trump yang anti-imigran asing dan tidak patriotik kerana kurang mengutamakan dahulu kepentingan jutaan penganggur warga AS untuk diambil bekerja.

“Ketika Trump memperjuangkan peluang pekerjaan buat rakyat AS, Starbucks pula ingin memberi kerja 10,000 pelarian. Bagaimana dengan nasib kami sendiri?#BoycottStarbucks,” kicau pengguna Twitter, Scott Presler.

Namun, ada netizen yang menentang dasar keras Trump memuji keputusan pihak pengurusan Starbucks terutama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Howard Schultz serta diketahui memang pro-Hillary Clinton dan parti Demokrat.

starbucks1

“Muncul #BoycottStarbucks kerana ia mahu menawarkan pekerjaan untuk pelarian daripada menjadi penjenayah, Anda tahu apa ertinya? Inilah waktu untuk minum Starbucks,” kicau Shafeeq Younus menerusi akaun Twitternya.


Bagaimanapun tidak kurang mengkritik kafe kopi antarabangsa itu sanggup memberikan tawaran kerja untuk pelarian berbanding nasib bekas tentera veteran perang AS yang terpaksa hidup melarat tanpa pembelaan sesiapa.

Susulan kritikan itu, pihak Starbucks dilaporkan telah merancang program khas untuk membantu veteran perang bahkan dalam proses untuk menawarkan kekosongan jawatan kepada 10,000 bekas askar dan ahli keluarga tentera.

Ia sebenarnya untuk memenuhi janji yang pernah dibuat Schultz sendiri pada 2013 selain membantu petani kopi di Mexico bakal terjejas teruk ekoran tindakan Trump mengenakan cukai 20 peratus terhadap produk negara jiran itu.

Starbucks yang berpangkalan di Seattle serta diasaskan sejak 1971 dengan kini memiliki 24,000 cawangan dan 238,000 pekerja itu memiliki sejarah panjang dalam politik domestik AS sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori