Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Negeri Sembilan, Negeri Kelapan...

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu...

Gangguan Air Selasa Depan...

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 yang...

Bermalam Dalam Kereta Kabel...

SERAMAI 110 orang pelancong melalui pengalaman penuh mendebarkan apabila beberapa buah kereta kabel...

Perhimpunan Perpaduan Melayu Tarik...

KUALA LUMPUR -- Ribuan belia dan veteran Melayu berkumpul di Stadium Putra, Bukit...

Kematian Pekerja Kantin, Peragut Masih Dikesan

KOTA BHARU – Pihak polis masih giat mengesan seorang suspek dalam kes ragut pada 15 Februari lepas yang menyebabkan kematian seorang pekerja kantin Universiti Malaysia Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman berkata pihaknya sudah membuat beberapa tangkapan setakat ini terutama dalam kalangan penagih, namun mereka didapati tidak terbabit.

“Tangkapan terbaru membabitkan seorang suspek di Melawi, Bachok dua hari lalu tetapi dia juga didapati tidak berkaitan dengan kejadian itu.

“Polis akan cuba mendapatkan lagi maklumat daripada penduduk tempatan khususnya di sekitar Bachok mengenai kawasan penagihan dadah untuk mengesan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Siti Rohani Wahab, 54, yang sedang menunggang motosikal maut akibat motosikalnya terbabas dan melanggar tiang elektrik ketika mengejar seorang lelaki yang meragut begnya di Kampung Pak Elong, Tangok, Bachok.


Dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kantin Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok. – BERNAMA

Kategori