Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kubur Islam Singapura Bakal...

SINGAPURA - Kerja pembesaran pangkalan tentera udara bakal menyaksikan ribuan kubur jenazah Muslim...

Video: Tak Nak Kalah…...

HANYA kerana perkara kecil iaitu rebut petak parkir, dua pemandu di Singapura dirakam...

Pakistan Mahu Contohi Pengurusan...

MAKKAH - Pengalaman lebih 50 tahun Tabung Haji (TH) mengendalikan urusan jemaah haji...

Apa Lagi Saya Perlu...

KUALA LUMPUR - “Saya tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan kerana saya...

Perak Pertama Guna Seksyen 41(B) Akta Dadah Berbahaya

IPOH – Perak akan menjadi negeri pertama menggunakan Seksyen 41(B) Akta Dadah Berbahaya iaitu membantah pemberian jaminan terhadap penagih dan pengedar dadah yang berulang kali melakukan kesalahan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, ACP V. R. Ravi Chandran berkata cadangan itu telah dihantar ke pihak Peguam Negara pada akhir Disember tahun lepas.

“Pihak Peguam Negara telah meminta pihak kami untuk membincangkan pelaksanaan Seksyen berkenaan dengan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak.

“Sekiranya cadangan ini dibenarkan, kami akan menggunakan Seksyen berkenaan pada tahun ini juga,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata cadangan itu perlu dilaksanakan berikutan terdapat peningkatan sebanyak 12.2 peratus iaitu seramai 2,220 orang ditangkap atas berbagai kesalahan mengedar dadah pada tahun lepas berbanding 1,979 orang pada tahun 2015.

“Daripada mereka, seramai 539 orang ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

“Seramai 139 orang telah ditangkap di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985. Kebanyakan mereka ini merupakan dalang ataupun perancang serta ‘financier’ dalam sindiket yang telah ditumpaskan pada tahun 2016,” kata Ravi.

Beliau berkata pada tahun lepas juga berlaku peningkatan sebanyak 13.2 peratus iaitu seramai 4,622 orang telah ditangkap atas kesalahan memiliki dadah berbanding 4,083 orang pada tahun 2015.

Katanya secara keseluruhan, sebanyak 13,458 pesalah dadah ditangkap di seluruh negeri ini sepanjang tahun lepas.


“Manakala kesemua tangkapan kes pengedaran dan memiliki dadah itu menghasilkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM8.8 juta di mana dadah jenis syabu dan ganja merupakan rampasan tertinggi di Perak tahun lepas,” katanya.

Sehubungan itu, Ravi berkata cadangan membantah pemberian jaminan adalah perlu bagi memastikan penagih dan pengedar dadah tidak terus melakukan kesalahan.

“Cadangan ini juga perlu dilaksanakan kerana pihak polis telah menerima banyak aduan daripada orang awam ekoran penagih masih melakukan kesalahan ini sewenang-wenangnya terutama di kawasan perumahan dan di tepi-tepi jalan.

“Pihak polis memandang serius perkara ini dan khuatir serta risau tentang kegiatan ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata polis turut merampas pelbagai jenis harta bernilai RM8.4 juta milik pengedar dadah yang ditangkap di Perak sepanjang tahun lepas.

Katanya pada tahun ini, JSJN Perak juga telah merampas senjata api daripada pesalah-pesalah ini iaitu pistol, bom tangan, bom mortar dan peluru.

“Pihak kami juga (JSJN Perak) telah berjaya membongkar sebanyak enam buah makmal haram dadah bagi tahun 2016 dan berjaya menahan seramai 18 orang bersabit tangkapan makmal haram tersebut,” katanya. – BERNAMA

Kategori