Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Saudi Wakaf 100,000 Pokok...

RIYADH - Gabenor Madinah, Putera Faisal Bin Salman, pada Selasa melancarkan satu program...

Guna Media Sosial Secara...

KUCHING - Masyarakat harus berhemah dan bertanggungjawab sebelum menyalurkan sesuatu maklumat di media...

Pembeli Telur Penyu Ditahan...

SANDAKAN - Jabatan Hidupan Liar Sandakan menahan seorang wanita Filipina yang dipercayai membeli...

Pawang Berjaya ‘Tumpaskan’ Buaya...

PENDUDUK di Desa Sukamandang, Kabupaten Seruyan, Kalimantan Tengah, digemparkan dengan penangkapan seekor buaya...

Percayakah Anda Lukisan Macam Ni Dijual RM200 Juta?

TAHUKAH anda, lukisan yang sangat `simple’ dengan dua warna ini berjaya dijual pada harga RM200 juta? Tentu mengejutkan, tetapi itulah nilai lukisan hasil karya Mark Rothko ini.

Lukisan dengan tajuk ‘Untitled, (Yellow and Blue)’, dengan ukuran 8 kaki x 6.1 kaki ini disiapkan pada 1954 dan dijual pada satu majlis lelong di New York pada tahun 2015.

Ia pernah dimiliki oleh Rachel ‘Bunny’ Mellon. Pelukisnya, Rothko merupakan salah seorang artis yang paling berjaya dan terkenal di Amerika Syarikat namun dia mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri pada 1970.

Sebelum kematiannya, Rothko dan penasihat kewangannya, Bernard Reis telah menubuhkan sebuah yayasan bertujuan untuk membiayai penyelidikan dan pembelajaran.

Disebabkan Rothko terkenal dan menjadi inspirasi serta diminati ramai, maka tidak mengejutkan apabila hasil karyanya dapat dijual pada harga yang tinggi.


Malah pakar percaya lukisan Rothko akan menjadi lebih bernilai pada masa depan. Namun ramai juga yang percaya ia tidak masuk akal kerana dijual pada harga berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori