Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kedai Kek Dihadapkan...

SEPANG - Seorang pemilik kedai kek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari...

Perlu Adakan Kajian Jika...

KOTA KINABALU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian perlu dijalankan...

Mesyuarat Pilih KPN Baharu...

KUALA NERUS  – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan...

Jurulatih Muda Malaysia Bakal...

KUALA LUMPUR - Seorang jurulatih muda dari Malaysia akan membuat penampilan sulung dalam...

Perlu Masa Timbang ‘Pakatan Pilihan Raya’ Dengan PPBM

ALOR SETAR – PAS perlukan masa untuk pertimbangkan cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata PAS perlu mengambil pendekatan ‘memilih’ kerana tidak mahu ‘sejarah lama’ berulang.

“Kita ada pengalaman yang cukup banyak dalam pakatan politik… era sekarang ini kita kena ‘pick and choose’,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya seperti yang diputuskan PAS pusat sebelum ini, PAS negeri dibenarkan untuk mengadakan program atau aktiviti bersama PPBM, asalkan bukan dengan Parti Amanah Negara ataupun DAP.


Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ dengan PAS bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU akan datang. – BERNAMA

Kategori