Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Desa Teroka Dunia...

PETALING JAYA - Dalam usaha mengurangkan jurang digital antara kanak-kanak bandar dan luar...

Adik Ipar, Isteri Bunuh...

SHAH ALAM : Tindakan kejam seorang wanita berkomplot bersama adik lelakinya bagi membunuh...

UTC N.Sembilan Beroperasi Mulai...

SEREMBAN - Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di Negeri Sembilan memulaka operasinya...

UMNO Lantik Peguam Tuntut...

UMNO mungkin akan ambil tindakan undang-undang bagi tuntut kembali wang tunai RM116.7 juta...

Permohonan E-Kad Tidak Dilanjutkan Selepas 30 Jun

PUTRAJAYA – Tempoh permohonan kad sementara ‘Enforcement Card’ (E-Kad) untuk pendatang tanpa izin (PATI) yang bermula hari ini tidak akan dilanjutkan selepas 30 Jun depan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata program itu menyasarkan pendaftaran kira-kira sejuta PATI.

“Proses tidak akan dilanjutkan tetapi yakin sasaran PATI didaftarkan boleh dicapai berdasarkan kelancaran sistem yang diguna selain sambutan positif majikan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau hari pertama pendaftaran E-Kad di sini.

Beliau berkata berdasarkan pemantauannya setakat ini, purata satu hingga 50 pekerja didaftarkan oleh setiap majikan.

Pendaftaran E-Kad ini boleh dibuat di Putrajaya dan semua pejabat imigresen di Semenanjung Malaysia.

Katanya E-Kad yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti biometrik pekerja dan majikan, nombor pendaftaran dan nama syarikat, kod bar dan tandatangan Ketua Pengarah Imigresen serta Ketua Polis Negara di bahagian belakang.


Mustafar berkata E-Kad yang hanya sah sehingga 15 Feb tahun depan itu terbuka kepada pekerja yang mempunyai majikan dalam sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian.

Ditanya tindakan lanjut selepas tempoh pendaftaran berakhir, beliau berkata PATI yang tidak berdaftar akan diusir manakalan majikan pula berdepan tindakan undang-undang termasuk aset dan akaun dibekukan.

Pelaksanaan program E-Kad ini menyusuli kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 17 Jan lepas bahawa Kementerian Dalam Negeri telah memperoleh kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk mengeluarkan kad sementara kepada PATI yang bermajikan. – BERNAMA

Kategori