Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Menteri, Timbalan Menteri UMNO...

KUALA LUMPUR - Menteri dan timbalan menteri daripada UMNO akan terus kekal dalam...

Little Tokyo Blok M...

JAKARTA - Lokasi pusat hiburan di Jakarta Selatan yang mendapat jolokan sebagai Little...

Miri: OKU Tak Sabar...

MIRI - Bagi Alexander Jaya, 34, memiliki rumah sendiri adalah satu impian apatah lagi kini masuk 17 tahun menyewa rumah dengan kadar RM350 sebulan.Harga rumah yang...

PKR Jangan Jangkitkan Perangai...

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi peringatan...

Pertandingan 3 Penjuru PRK DUN Tanjong Datu

LUNDU – Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (Star) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.

Ia melibatkan Puan Sri Jamilah Anu (BN), Rapelson Richard Hamit (PBDS Baru) dan Johnny Aput (Star), menurut Pegawai Pengurus PRK DUN Tanjong Datu Hamsein Atar ketika mengumumkannya di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu hari ini.

Manakala pendaftaran seorang calon Bebas iaitu Asbol Abdullah ditolak. Proses pengundian awal bakal berlangsung pada 12 Februari ini manakala pengundian biasa ditetapkan 18 Februari depan.

Seramai 9,959 pemilih berdaftar, terdiri masing-masing daripada 9,771 pengundi biasa dan 188 pengundi awal disahkan sebagai layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK kali ini.

PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-11 tahun lalu, allahyarham Adenan menewaskan dengan majoriti 5,892 undi ke atas calon tunggal pembangkang iaitu dari PKR, Jazolkipli Numan yang hanya dapat 468 undi dan hilang deposit. – BERNAMA

Kategori