Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Permintaan Tinggi Batu Nisan...

LARIS... Setiap kali Ramadan serta menjelang Aidilfitri, perniagaan batu nisan dan belindan mendapat...

Pengemis ‘Sedih’ Raih RM10,000...

JOHOR BAHRU - Dengan bermodalkan wajah sedih, setiap pengemis yang aktif di persimpangan...

Bumbung 18 Buah Rumah...

KUALA NERANG - Bumbung 18 buah rumah di lima buah kampung di Padang...

Daripada Sentuh Anjing Baik...

PETALING JAYA - Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalid Abd Hadi berkata adalah...

Pesawat MAB Ke Sri Lanka Berpatah Balik Ke KLIA

PUTRAJAYA – Pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH179 yang dalam perjalanan ke Colombo, Sri Lanka berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mengalami masalah teknikal.

MAB menyatakan pesawat itu yang berlepas dari KLIA pada pukul 10.10 malam 16 Februari, terpaksa berpatah balik apabila unit kuasa sokongan (APU) tidak boleh dihidupkan.

“Pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini pada pukul 1.50 pagi 17 Februari,” menurut kenyataan MAB hari ini.

APU ialah unit kuasa sokongan yang perlu dihidupkan apabila pesawat terbang melintasi kawasan perairan.

MAB menyatakan berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike bagi penyelengaraan landasan berjadual, penjadualan semula penerbangan dengan segera tidak dapat dilakukan.

Sehubungan itu semua penumpang MH179 terpaksa ditempatkan di hotel-hotel berdekatan KLIA.

Menurutnya penerbangan itu kini beroperasi sebagai MH179D dan berlepas dari KLIA pada 3:30 petang dan tiba di Colombo pada 4.35 petang (waktu tempatan), hari ini.


MAB menyatakan penerbangan balik MH178D dijadual berlepas dari Colombo pada 5.10 petang (waktu tempatan) pada hari sama dan tiba di Kuala Lumpur pada 11.20 malam ini.

“Keselamatan menjadi keutamaan nombor satu MAB pada setiap masa,” katanya.

Syarikat penerbangan itu memohon maaf kepada semua tetamunya atas gangguan terhadap jadual perjalanan mereka itu. – Bernama/HAA

Kategori