Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri: Serang Saya...

Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru...

Dua Premis Musnah Dalam...

DUNGUN - Dua premis membabitkan bengkel motosikal dan kedai makan musnah dalam kebakaran...

Tingkat Kesedaran Celik Kewangan...

KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang (AKPK) mahu meningkatkan kesedaran mengenai...

TLDM Nafi Dakwaan Konon...

PELABUHAN KLANG – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan dakwaan pihak...

Petani Bimbang Projek Punca Air Jadi ‘Gajah Putih’

PARIT BUNTAR – Kira-kira 500 petani di Titi Serong bimbang projek menaik taraf punca air di Skim Pengairan Sungai Acheh di Parit 1, Titi Serong di sini bakal menjadi projek ‘gajah putih’.

Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Simpang Lima, Rashidi Idris, 40, berkata projek tersebut yang dilaksanakan awal 2015 sepatutnya siap pada Disember tahun yang sama.

Katanya kelewatan menyiapkan projek berkenaan memberi kesan kepada petani-petani yang mengusahakan sawah di Kompartmen B membabitkan kawasan Bagan Tiang dan Simpang Lima.

“Projek menaik taraf punca air itu penting kepada petani Kompartmen B kerana ia berfungsi mengawal aliran tali air untuk sawah padi di kawasan itu.

“Masalah amat dirasai petani ketika musim pertama penanaman padi pada setiap tahun kerana cuaca ketika itu kebiasaannya kering dan kemarau,” katanya ketika ditemui di lokasi tapak projek terbengkalai di Kampung Parit 1, di sini hari ini.

Seorang petani, Abdul Talib Jaafar, 57, berkata projek terbengkalai itu telah beberapa kali dibangkitkan dalam mesyuarat agung PPK, malah isu sama pernah dibawa pengurusan tertinggi PPK Bagan Tiang/Parit Buntar.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini, tiada tindakan penyelesaian segera dilaksanakan pihak bertanggungjawab selain kontraktor difahamkan sudah ‘angkat kaki’.


“Petani kawasan Bagan Tiang, Titi Serong dan Parit Buntar amat memerlukan perhatian dalam soal pengairan sawah padi kerana ianya faktor utama menentukan penghasilan padi berkualiti.

“Lebih-lebih lagi, petani kini berhadapan dengan masalah kadar pemutuan padi terlalu tinggi, maka keperluan asas seperti keberkesanan pengairan sawah perlu dititikberatkan,” katanya.

Junaidi Latib, 35, berkata kelewatan projek itu disiapkan bukan sahaja mengundang isu pengairan sawah milik petani di kawasan itu, malah turut menyebabkan masalah lalu lintas selain kemalangan.

“Saya berharap agensi kerajaan terlibat iaitu Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dapat memastikan pelaksanaan projek untuk keperluan rakyat agar tidak berlaku pembaziran,” katanya.

Sementara itu, jurucakap IADA Kerian ketika dihubungi berkata pihaknya akan menemui petani-petani terlibat bagi memberi penerangan mengenai status semasa projek berkenaan. – BERNAMA

Kategori