Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Covid-19: Umat Islam, Waris...

JOHOR BAHRU - Seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit koronavirus...

Singapura Uji Penanda Jalan...

WASPADA... Jika di Terengganu, awal tahun lalu tular menerusi media sosial mengenai lintasan...

Kes Bunuh Tapah: Dua...

IPOH - Dua beranak yang direman sejak tahun lepas bagi membantu siasatan kes...

Proses Bicara “El Chapo”...

RAJA dadah Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman Loera yang menjadi legenda hingga dijadikan...

Pilihan Raya Thailand Mungkin 2018

BANGKOK – Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam semalam memberitahu pilihan raya umum untuk mengembalikan demokrasi di negara itu mungkin diadakan pada Februari tahun depan.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan kebimbangan mengenai janji junta tentera untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini mungkin tidak akan terlaksana.

“Satu tahun dari hari ini, akan diadakan pilihan raya,” katanya yang dipetik Bangkokpost.

Namun, selepas mengeluarkan kenyataan itu Wissanu menjelaskan bahawa garis waktu yang ditetapkan junta untuk pilihan raya umum masih bergantung kepada penggubalan dan kelulusan perlembagaan baru.

Perlembagaan baru itu adalah kunci utama junta tentera bagi mengadakan pilihan raya sekali gus mengembalikan demokrasi di Thailand.

“Jangan paksa kerajaan memberi jadual yang spesifik untuk pilihan raya.


“Ketika ini kami hanya boleh memberi anggaran secara kasar,” jelasnya.

Perlembagaan baru itu diluluskan dalam satu pungutan suara yang diadakan pada Ogos lalu.

Ia kini sedang menunggu perkenan Raja Maha Vajiralongkorn. – Agensi/myMetro Online

Kategori