Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Cuaca Sejuk, Kabus Tebal...

KOTA BHARU - Cuaca sejuk dan kabus tebal di Kuala Krai awal pagi...

Sokongan Rakyat Sabah Kepada...

KOTA BELUD - Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak yakin sokongan...

Najib Pertikai Tangguh Pengundi...

DARI FB NAJIBKECEWA bahawa janji yang diberi dalam parlimen tidak ditepati sebab ianya...

Dunia Berdepan Kekurangan Bekalan...

KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan kondom global semakin meningkat susulan wabak COVID-19 menyebabkan...

PM Bukan Terlibat Saman Sivil DoJ Dalam Isu 1MDB

KEPUTUSAN Peguam Negara menimbangkan untuk hantar peguam pemerhati prosiding saman sivil difailkan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap aset 1MDB, membuktikan Perdana Menteri tidak terbabit kes itu.

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun, berkata kehadiran Peguam Negara dalam kes saman sivil itu adalah dalam kapasiti mewakili kerajaan Malaysia dan bukannya Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia yang diwakili sendiri oleh Peguam Negara akan cuba mendapatkan pelbagai maklumat lanjut berhubung prosiding saman sivil tersebut.

“Itu sebabnya saya tidak diarahkan untuk bertindak bagi pihak Najib berhubung perkara ini. Kalau tidak, sudah tentu beliau (Najib) melantik peguam yang mungkin diarahkan ke AS.

“Peguam tersebut akan menjadi sebagai peguam pemerhati dalam prosiding itu,” kata Hafarizam ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di ibu negara hari ini.

Baca: RPK Imbau Kes 1MDB Di AS Ulangi Drama Kes Di Perancis

Pada Isnin lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dalam kenyataannya di Putrajaya tidak menolak kemungkinan beliau sendiri atau pegawainya akan dihantar ke AS untuk mengikuti prosiding sivil tersebut.

Beliau berkata, sebuah firma guaman AS mungkin bakal dilantik dan bersama-sama dengan pegawai kanannya atau bersama beliau sendiri untuk menghadiri prosiding yang dilakukan DoJ itu.


Mohamed Apandi berkata, beliau akan berhubung terus dengan peguam di AS untuk membantunya mengenai prosedur untuk menghantar wakil Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati dalam prosiding itu.

Ini kerana sistem kehakiman negara berkenaan adalah amat berbeza dengan sistem diamalkan di Malaysia yang lazim berdasarkan standard perundangan Britain dan negara-negara Komanwel.

Pada 21 Julai lalu, pihak DoJ memfailkan saman sivil untuk menyita aset yang diperoleh dengan menggunakan wang yang konon dikatakan sebagai pernah digelapkan daripada 1MDB. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori